Penghasilan kacukan F1 Kacukan F1

Pada tumbuhan

Menyilang dua tumbuhan berbeza dari segi genetik menghasilkan benih tumbuhan kacukan melalui pendebungaan terkawal. Bagi menghasilkan kacukan F1 yang tekal, kacukan silang asal perlu diulang setiap musim. Sebagaimana kacukan silang asal, bagi tumbuhan ini biasanya dilakukan melalui pendebungaan insani terkawal, dan menjelaskan kenapa biji benih F1 boleh menjadi mahal. Kacukan F1 juga boleh berlaku secara semulajadi, contoh utama adalah "peppermint", yang bukan evolusi spesies melalui cladogenesis atau perubahan perlahan dari satu leluhur, tetapi kacukan stereotaip mandul kacukan "watermint" dan "Mentha spicata/spearmint". Tidak mampu menghasilkan biji benih, ia membiak melalui batang menjalar yang merebak melalui sistem akarnya sendiri.

Dalam agronomi, istilah “kacukan F1” biasanya disimpan bagi kultiver pertanian yang dihasilkan dari dua kultivar keluaga berbeza, setiap satu kacuk dalam bagi beberapa generasi kepada tahap sehinggakan ia hampir menjadi homozygous. Cabang antara garis keluarga menggalakkan pertumbuhan dan menghasilkan ciri-ciri melalui fenomena heterosis ("hybrid vigour"), sementara homozygosity garis keluarga memastikan generasi phenotipikal F1 sekata. Setiap tahun, sebagai contoh, "kacukan" tomato khas dicipta secara khusus melalui kacukan dua kultivar warisan keluarga sekali lagi.

Dua populasi stok pembiakan dengan ciri-ciri yang diingini dibiak dalaman ("inbreeding") sehingga homozygositi populasi melampaui tahap tertentu, biasanya 90% atau lebih. Biasanya ini memerlukan sepuluh generasi atau lebih. Selepas ini berlaku, kedua-dua populasi perlu dikacuk silang sementara mengelak pendebungaan sendiri. Biasanya ini berlaku pada tumbuhan dengan menyahaktif atai menyingkir bunga jantan dari satu populasi, mengambil peluang ke atas perbezaan tempoh masa bunga janta dan betina mekar atau pendebungaan insani [4].

Pada tahun 1960, 99 peratus dair semua jagung yang ditanam di Amerika Syarikat, 95 peratus ubi bit, 80 peratus bayam, 80 peratus bunga matahari, 62 peratus brokoli, dan 60 peratus bawang adalah kacukan. Angka tersebut mungkin lebih tinggi hari ini. Kacang dan kekacang tidak di kacuk secara komersial kerana ia memiliki pendebungaan automatik, dan pendebungaan insani teramat mahal.

Kacukan F2

Sementara Kacukan F2, hasil pendebungaan silang sendiri oleh F1, tidak memiliki ketekalan seperti kacukan F1, ia mungkin mengekalkan beberapa sifat yang diperlukan dan boleh dihasilkan dengan lebih murah kerana tiada campur tangan pada pendebungaan dperlukan. Sesetengah syarikat biji benih menawarkan biji benih F2, terutama sekiranya pokok penutup "bedding plants" di mana ketekalan tidak kritikal[5].

Pada haiwan

Tidak seperti kebanyakan tumbuhan, spesies ikan yang biasa diternak termasuk juga kesemua mamalia dan burung bukanlah hermaphrodite, dan dengan itu mustahul mencapai pengawanan diri semasa penyilangan F1. Penyilangan F1 pada ikan boleh jadi antara dua garis pembiakan dalam atau antara dua spesies ikan yang berkait rapat, seperti spesies kecil cichlid[6]. Penyilangan ini biasanya dilakukan secara semulajadi atau melalui permanian beradas ("artificial insemination").